Herba & Khasiat

Webmail

USERNAME
PASSWORD

Pencarian

Laras-world.com
PDF Cetak E-mail

Selamat Datang ke laras-world.com

LARAS menampilkan minuman yang unik dengan perisa baru iaitu Chai Latte with Cardamom, dan Mocha with Hazelnut yang boleh memenuhi citarasa dan selera rakyat Malaysia terutama golongan kaum Muslimin dan Muslimat kita.

Produk LARAS dihasilkan berdasarkan konsep:

  • Natural Goodness for Wellness
  • Perubatan Tradisional yang disokong Penyelidikan Saintifik
  • Pemprosessan berkualiti serta Halal & Thoyyib

Pati Ekstrak Tongkat Ali
Mimuman pracampuran Laras Teh Sarbat dengan Buah Pelaga, dan Kopi Moka dengan Kacang Hazel diperkayakan dengan pati ekstrak Tongkat Ali untuk menambahkan khasiat minuman tersebut di samping meningkat rasa. Hanya akar tongkat ali pilihan dari ladang kami yang diambil, dan diproses dengan kaedah ‘freeze-dried” dikilang moden kami di Shah Alam menggunakan protokol, formula dan khidmat nasihat Dr Johari Md Saad, atau lebih dikenali sebagai “Raja Tongkat Ali”.

Buah Pelaga
Buah Pelaga merupakan antara rempah yang termahal di dunia. Ia amat popular sebagai penambah rasa untuk minuman teh dan kopi di Timur Tengah. Buah Pelaga mempunyai banyak kebaikan termasuk penyegaran nafas, menguatkan gusi dan mengatasi masalah penafasan. Kami menambahkan rempah ini di dalam minuman Laras Teh Sarbat untuk memberi keharuman dan rasa yang cukup enak dan memuaskan.

Kacang Hazel
Kacang Hazel dicampurkan di dalam Laras Kopi Moka untuk memberi bau yang harum. Minuman kopi dicampur dengan bahan ini amat popular di Turki, negara pengeluar kacang hazel terbesar dan bermutu tinggi di dunia. Kacang hazel mempunyai banyak kebaikan termasuk baik untuk kesihatan jantung dan untuk mengurangkan kolesterol.

Halal & Thoyyib
Produk dari Laras bukan hanya mempunyai iktiraf halal tetapi kami juga menjaminkan ia sebagai produk yang thoyyib (suci). Laras merupakan syarikat Bumiputera yang mengeluarkan produk di kilang sendiri. Semua kakitangan yang terbabit dalam proses pengeluaran terdiri dari kaum Muslimin dan Muslimat.

Salam hormat dari kami.

Rahmat Tambi
Pengarah Urusan
Laras Marketing & Services Sdn Bhd